Sunday, November 15, 2009

ISI HATIKU

Jauh Di Sudut Hati
Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku.....

Sunday, November 8, 2009

Siti Nurhaliza (Julfekar / Rashid S & Julfekar)

Untuk Selamanya
Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku
Adakah cinta masih di sini
Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku
Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini
Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima( ulang 2X hingga akhir )
Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya

Thursday, October 15, 2009

PENCUCI MULUT/DESSERT

PENGENALAN
merupakan hidangan pencuci mulut yang terakhir selepas pembuka selera,sup,hidangan utama.hidangan tidak lengkap tanpa pencuci mulut.

KLASIFIKASI DESSERT
Dessert sejuk
  • pencuci mulut yang dihidangkan sejuk seperti puding,jelly,dan aiskrim

Dessert panas

  • pencuci mulut yang dihidangkan panas seperti pengat,puff pastry,cookies dan danish

JENIS-JENIS DESSERT

  1. Baked Curstard
  • ia dikategorikan sebgai salah satu jenis puding
  • menggunakan asas yang sama seperti stirred curstad iaitu cecair yang dipekatkan melalui proses pengentalan protein telur apabila ia dipanaskan

2. Pastry Cream

  • penyediaannya lebih senang kerana teksturnya sukar berketul
  • menggunakan agen pemekat berasaskan bahan berkanji.fungsinya adalah untuk menstabilkan telur dan boleh didihkan tanpa berketul.

JENIS-JENIS AGAR

  1. agar-agar tepung/serbuk
  2. agar-agar plastik/keping
  3. jeli segar

RESEPE CUSTARD CARAMEL(COLD DESSRET)

bahan-bahan

  • 50gm gula pasir
  • 2sudu besar air
  • 400gm susu
  • 3 biji telur
  • 30gm gula kastor
  • setengah sudu teh esen vanila

LANGKAH KERJA

  1. sediakan caramel iaitu mencampurkan gula pasir dengan air palam periuk yang tebal.
  2. biarkan campuran mendidih sehingga gula menjadi kuning keemasan. campurkan segera sedikit air panas supaya air tidak terlalu hangus. jangan kacau gula dengan menggunakan sudu.
  3. tuang ceramel panas kedalam acuan madeline atau cawan curstard dan pusing cawan dengan pantas sehingga bawahnya tersadur dengan rata. sejukkan sebentar.
  4. sediakan custard.pecahkan telur sebiji-sebiji kedalam mangkuk serta masukkan gula kastor
  5. pukul campuran perlahan-lahan sehingga kuning dan putih telur sebati.masukkan susu dan asen vanilla serta kacau rata.
  6. tuang curstard kealam acuan dan telak acuan dalam tin pembakar yang berisi air
  7. bakar dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga keras.keluarkan dari acuan dan hias.

Wednesday, October 14, 2009

SOUP

DEFINISI SOUP:
merujuk kepada sebarang makanan berbentuk cecair yang dihasilkan samaada daripada daging,beburung,ikan atau sayuran.

CIRI-CIRI SOUP YANG BAIK:
1. penggunaan bahan mentah yang berkualiti
2. tidak terlalu berminyak
3. tidak terlalu pekat
4. tidak terlalu keruh
5. warna yang seiring dengan penggunaan bahan utama bagi sesuatu soup
6. kesesuaian sup dengan course yang sebelum dan course yang menyusul selepas dalam sesuatu menu.

KLASIFIKASI SOUP
terdapat beberapa jenis soup:
1.sup jernih
2.sup pekat
3.sup khas

SUP JERNIH
sup jenis ini adalah jernih dan tiada bahan pemekat digunakan ke atas stoknya. ia boleh dihidangkan tanpa sebarang hiasan ataupun bersama hiasan daripada sayuran ataupun daging

SUP PEKAT
mempuyai warna seakan-akan susu.menggunakan roux untuk memekatkannya

SUP KHAS
selalu berada di kawasan-kawasan yang tertentu seperti gumbo soup di Amerika.

Monday, September 14, 2009

KUIH KOLEH KACANG

Bahan-bahan

  • 500gm kacang hijau
  • 3biji kelapa parut
  • 500gm gula merah
  • 250gm gula pasir
  • 2helai daun pandan

Cara-cara:-

  1. basuh kacang hijau kemudian toskan.
  2. sangai kacang hijau sehingga kuning dan kisar halus.
  3. 1 setengah kelapa diperah 500ml.
  4. masukkan santan kedalam kuali bersama gula pasir,gula merah,daun pandan dan kacau sehingga larut.
  5. masukkan tepung kacang hijau (kacang yang dikisar) kacau sehingga pekat dan sebati.
  6. tuangkan ke dalam acuan dan biar sehingga sejuk.
  7. masak baki 1 setengah santan (pati) kacau sehingga bergentel menjuadi tahi minyak.
  8. tabur/tuang atas kole kacang yang telah sejuk tadi.